Thursday, May 22, 2008

Peta Melaka

SEJARAH MELAKA

Melaka diketahui sebagai sebuah negeri bersejarah yang telah diasaskan oleh Parameswara (atau Raja Iskandar) pada tahun 1396 apabila baginda dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke selat menuju ke Muar, dan kemudiannya ke Sungai Ujung sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara Sungai Melaka. Setelah mengetahui akan kedudukannya yang strategik, baginda memutuskan untuk menetap di situ dan menamakannya sebagai "Melaka" sempena nama sebuah pokok tempat baginda bersandar.

Melaka muncul sebagai sebuah kuasa perdagangan maritim hasil kerja keras Parameswara dan pengikut-pengikutnya. Melaka mula dikenali oleh pedagang-pedagang Islam dari Asia Barat dan India. Disebabkan kedudukannya yang strategik di Selat Melaka, ia telah berkembang sebagai pengkalan kapal dan pusat pertukaran barang dagangan dari Cina, Jepun, India, Arab dan Afrika Selatan.

Pada tahun 1511 ia telah jatuh ke tangan Portugis, dan kemudiannya Belanda pada tahun 1641 dalam peperangan yang sengit. Pada tahun 1795, Melaka telah diberi kepada British untuk menghalangnya dari jatuh ke tangan Perancis. Semenjak tahun 1826, Melaka bersama-sama Singapura dan juga Pulau Pinang diperintah oleh Kompeni Hindia Timur British di bawah pentadbiran Perjanjian Selat di Calcutta.

Selepas Perang Dunia ke 2, sentimen anti-koloni telah merebak di seluruh negara di kalangan nasionalis hingga terhasilnya Perisytiharan Kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama di Padang Pahlawan di Bandar Hilir Melaka pada 20 Februari 1956.

Wednesday, May 21, 2008

Kota A Farmosa


Kota ini dibina oleh pihak Portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan. Pembinaan Kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Ia mempunyai asas yang kukuh selain dinding tebal, yang dibina dengan runtuhan istana, masjid dan batu nisan. Dilengkapi meriam, kota ini mempunyai 4 pintu dan menjadi simbol ketakutan tempatan.

Muzium Negara

Bahagian anjung dan ukiran-ukiran pada bangunan ini dipengaruhi oleh seni bina Melayu tradisi.Bahagian bumbungnya pulaDipengaruhi oleh seni bina Minangkabau. Bangunan ini banyak menggunakan kayu bermutu tinggi seperti Meranti, Cengal dan Seraya.


Friday, May 2, 2008

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD












Terdapat beberapa buah kubah yang menyerupai Kubah masjid. Kubah ini di pengaruhi oleh seni bina Arab.Tembaga digunakan untuk membuat kubah ini. Dindingnya yang berwarna kemerah-merahan diperbuat daripada batu-batan merah.Ini memperlihatkan pengaruh seni bina seracenic.Arca ini dipengaruhi oleh seni bina Sepanyol